Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 25, 2007

Raya+kahwin

Hari Raya Idil Adha 2007[20 Disember 2007,Khamis]

Hendak diceritakan,aku dan keluarga aku bertolak dari Rawang pukul 1 pagi.Akibat terlalu banyak kenderaan di atas jalan,kami sampai di kampung Bukit Nangka pukul 5.30 pagi.Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam 30 min telah dipanjangkan sehingga 4 jam 30 min.

Selepas sampai, dihidangkan lemang dan ketupat.Selepas makan, ambil masa untuk tidur sekejap.Bangun pukul 8 pagi,mandi dan siap dengan pakaian baru(baju raya puasa)terus pergi ke surau.Nampaknya surau di kampung aku telah di naik taraf.Dari aku kecil hingga ke umur aku 20-an ini, baru pertama kali aku nampak perubahan di surau kampung aku(mungkinkah disebabkan pilihan raya?..mungkin?hanya Allah sahaja yang tahu...)
Kehadiran orang kampung yang telah merantau adalah tidak memuaskan.Hanya penduduk tetap yang terdiri daripada atuk dan nenek sahaja yang berjaya memenuhi ruang-ruang kosong di surau.



selepas solat sunat,aku dan keluarga pergi ke....(ini pun macam baru dinaik taraf..)


[21 Disember 2007,Jumaat]

Hari meminang sepupu aku(sebaya dengan aku..).Rombongan meminang oleh pihak lelaki(keluarga aku) ke pihak perempuan di Lawin,Gerik.
sepupu aku(yang duduk sebelah aku..)


[22,23 Disember 2007,Sabtu & Ahad]
Hari Kenyang sedunia. Hari ini sahaja,ade 3,4 jemputan kahwin.Ramai sungguh yang pilih hari selepas raya haji untuk bersanding(mungkin disebabkan cuti panjang).Penat juga nak makan di setiap majlis.(ini gambar-gambar yang sempat aku tangkap..)




setakat ini sahaja coretan aku untuk kali ini.adios~

4 comments:

Farafiqa Jeff said...

wey kampung ang kat lenggong???
kampung mak aku pown kat situ gaksss..ada la p lenggong dulu masa kecik2

Ezzudden said...

ye ar..mmg kat lenggong,perak darul ridzuan...
kg mak ang lenggong kat ne?
lenggong dlu ngan skrg lain...

Farafiqa Jeff said...

ntah..aku pon xtaw..kampung moyang aku sbnrnyer..hehe..tp belah mak aku laa

Ezzudden said...

nnti buat2 la tanya mak ko...kg kat ne...pastu kasik tau aku..