Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 27, 2008

Buffet at IZzi

Sabtu
27 September 2008
B.C.H Rawang

Salam semua,

*warning
ini adalah food review,kalau korang terliur,aku tak bertanggungjawab.


Berbuka puasa di IZZI Restourant,Bukit Bintang


Semalam, aku dan abang aku telah berjaya makan di IZZI nih,dah lama dah kitorang plan nak pergi makan.Akhirnya semalam tercapai juga hajat aku nak makan kat IZZI,mane tak nyer,dapat good review daripada blogger2 semua.Memang aku nak pergi merasa ar buffet & ramadan grill.

Harga buffet kat izzi ini berharga RM35 nett/person.



Aku tak mahu banyak bicara,korang layan sendiri gambar2 ini.



- pizza kat sini memang sedap dan tak muak.biasa makan pizza kita akan muak sebab pizza tuh tebal dan terlampau banyak cheese.tapi pizza kat sini,diorang lebih penting kan rasa pizza tuh daripada kekenyangan semata2.
-special menu kat izzi nih adalah grill.Ade kambing ngan ayam time aku datang.Kita boleh ambil berapa banyak kita nak,pastu pass kan kat chef diorang untuk grill.memang grill diorang sangat best!!..serius sedap.
-bahagian buffet diorang,ade masakan kampung.Walaupun makanan kat izzi tak leh banding banyak dengan hotel,tapi setiap makanan kampung diorang sedap giler.Abang aku yang bulan puasa ini selalu dapat invitation berbuka puasa kat hotel.First time die makan nasi time berbuka puasa dua kali.Itu maknanya,makanan kat situ betul2 sedap.
-Kalau makan kat sini,kite tak rasa pack sangat,makan pun rilex2 je.



lepas makan2,aku dengan abang aku,jalan2 la bukit bintang.dah lame tak lepak BB ngan pavillion,dah lame tak lepak malam2.Time balik ingat nak beli Jco,tapi tak larat dah nak makan.terus balik umah.memang penat tol makan.tapi memang berbaloi ar makan kat izzi.Kalau korang nak try,baik buat reservation incase kot2 penuh.

sekian.

No comments: