Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Saturday, December 27, 2008

Gembira dalam Tekanan

Cubaan update dari Cybercafe Kg aku,Lenggong,Perak

Fuhh baru sampai Lenggong.
Majlis kahwin sepupu aku pon dah lama abis.
Hanya tinggal makanan2 yang masih banyak.
Rasa rugi pon ada aku tengok.

Sampai pukul 6 petang.
Seperti yang dijangka.
Kereta akan banyak juga.
Tapi aku terasa best je bawak kereta hari ini.

Hari ini,warga KL penuh di jalan raya,
Seawal pukul 11 pagi,
Lebuhraya ke selatan dahmula sesak dari kajang.
Aku nak ke UIA,
Sesak di MRR2,
Tekanan...

Makanan kat majlis Syed,
aku suka.sedap dan jarang jumpe.
Makanan kat majlis sepupu aku,
aku seronok,dapat rasa masakan gotong royong sedara mara aku.

Esok.
Ade perjumpaan besar keluarga Lebai Kemala.
Di Tasik Raban.
Seronok dapat jumpe orang yang kite jarang kenal.
Harap2 dapat sangkut kat sorang dua.
hehe..gatal pula.

Cukup lah,
budak MMU betol.
kat mana2 nak gak internet.
kene beli 3G la macam nih.
dapat ke kat Kg aku nih?
Tapi....
laptop aku rosak!!!!
Tekanan perasaan...
Tapi dalam tekanan,
ade kegembiraan.
Tak sangka study leave pon dapat gak.

Wednesday, October 22, 2008

Apa yang saya buat satu hari?

Rabu
22 Oktober 2008
HB2 wing B 1012

Salam Semua,

Akhirnya aku dapat balik ke bilik aku.Update aku sebelum nih,kunci bilik aku tertinggal di rumah.

Tadi tgh hari,lepas aku antar bad ke Pudu Raya,aku tak tau nak buat ape,nak balik ke cyberjaya,kunci bilik pon tkde.pastu aku pon terpikir2 ape ek nak buat satu hari nih.
Lepas lepak2 dalam jammed K.L 1/2 jam,aku pon decide gi MidValley.Dah lama betul aku tak pergi ke MV nih,nk dekat setahun pon ade.Sampai2 je MV,pergh! susah giler nak parking,terpaksa aku pusing MV tuh 2 kali.Rupe2nye satu floor parking die tutup,construction.Satu floor je die bukak.

Lepas dah dapat parking tuh,ronda2 la MV tuh sorang2.Macam biasa,lone ranger.
Lepak jap kat MPH,usha2 buku ape yang best.usha je la,nak beli,duit untuk buku tak salurkan lagi.nanti next month nak carik la satu buku.Antara buku yang menarik perhatian aku.
1.Einstein: His Life and Universe,Walter Isaacson. Harga=RM 52.95
2.Ketika Cinta Bertasbih,Habiburrahman El Shirazy Harga=RM 21.90

Aku akan cuba tuk salurkan belanjawan aku tuk 2 buku kat atas nih bulan depan.hehe..2 buku skaligus..kayo kan aku.

Pastu gi usha2 IT world MV,saje nak usha price toner laser printer.dah kering dah toner aku tuh.RM 235.00,pergh..mati aku next month kalo beli sume bende skaligus.buku ngan toner?..fuyoo..kayo tol kan aku..

Pastu dah tak tau nak buat ape,aku pon pergi la usha2 GSC,tengok cite apa yang best.Nak tengok Max Payne,member2 cakap cite tuh tak best.Nak tengok cite lain,banyak cite hantu ngan cite cina.hmm..last2 beli la aku tiket cite Tipu Kiri,Tipu Kanan.nanti aku buat movie review pasal cite tuh.

Dah beli tiket,rasa macam nak try carls Jr la plak.Aku penah dengar member2 cakap pasal carls Jr nih,ngan penah la tengok billboard carls nih.Menarik..tapi tak berpeluang lagik tuk rasa.
Hari ni,berjaya gak aku rasa carls jr nih,dan aku terus suka kat carls jr nih.
Berger..besar tak ingat.first time aku makan berger rasa macam tak abis.baru makan separuh dah kenyang.tapi habiskan gak ar sebab mak aku cakap tak baik membazir.
Fries...paling panjang dan paling sedap aku makan..boleh nampak kulit2 kentang lagik kat fries,ori tak ori nyer kentang.lain kali datang,makan fries pon jadik kalo kurang mampu.
Makan mahal2 skali skala ape salahnya..kayo..haha..



*berger yang aku makan..

*fries yang sangat best!

Pastu dah abis movie,dapat call adik aku mintak antar die balik campus die.Balik ke rumah la aku tadik.tuh yang dapat balik ke bilik.kunci dah amik..hehe...

tuh je la ape yang aku buat hari ni...esok pagi ada meeting..nasib baik tak kene gi meeting weekend nih kat melaka..next week,gi kedah plak.

korang warga MMU?..apa aktiviti korang time cuti2 nih?
jangan la tido je..tak menyihatkan..nanti jadik malas..jodoh jauh...haha..

Tuesday, September 23, 2008

Weekend in Melaka

Selasa
23 September 2008
HB2 wing B 1012

Salam semua,

Hari ini macam biasa,aku tiada kelas lagi.Tetapi ade hal yang perlu aku selesaikan sebelum pulang beraya.

Hari ini baru aku dapat update pasal weekend aku di Melaka. Ingatnyer nak update semalam,tetapi aku kepenatan habis.

Aku pergi ke Melaka pada hari jumaat,pagi2 lagi aku sudah bertolak ke Putrajaya Sentral.Aku pergi ke Melaka kali ini,naik bas.Buat sekian lama nya aku dah tak naik bas express. Kali ini,aku bersusah payah sikit untuk naik bas.Untuk drive kereta ke Melaka,aku tak larat dan tidak mahu drive sorang2.Agak bagus juga aku nak pergi Melaka naik bas,aku dapat try naik KLIA transit(ERL) .Dari dulu aku teringin nak naik KL transit nih.

Untuk perjalanan ke selatan,terminal bas yang perlu aku naik adalah di Bukit Jalil.Tetapi aku dah terlajak ke Pudu.Agak gelabah ar aku time sampai Pudu Raya,aku baca announcement yang aku perlu naik di Bukit Jalil.Nasib baik ada syarikat bas tuh still jual tiket untuk ke Melaka sahaja.

Sampai sahaja aku di Melaka,call faizol untuk amik aku.Tetapi kereta dia ade kat bengkel.
Dia ingat aku akan sampai Melaka petang.So terpaksa ar call sapa2 yang available.Akhirnya hazwan gak yang available.

Aku gerak pagi,sebab nak solat jumaat kat MMU Melaka. Lepas solat,boleh jumpa kawan2 kat MMU Melaka.Cara paling senang untuk jumpe kawan2 kat Melaka, pergi masjid.

Petang tuh, ade invitation untuk berbuka bersama2 dengan komiti Aceh 3. Kiranya aku datang ini kena dengan timing ar.Aku memang teringin nak jumpe dengan Komiti Aceh 3,dan aku dapat jumpa mereka walaupun tak semua.

* Lecturer sorang tuh tak terlibat dalam Aceh 3,tetapi nak menyebok dalam gambar gak :p

Time berbuka tuh,ada banyak strawberry.Bos Aceh 3 baru pulang dari Cameron Highland.
Tetapi aku lupe nak jamah satu pun.Aku tak makan strawberry kah?Aah la,aku memang tak makan strawberry mentah2.strawberry kan manis tapi masam.Tak sedap makan kosong,kene makan dengan bende lain.Coklat ke,ais krim ke,baru layan.

Malam.
Aku dengan rakan2 pergi main bowling kat Mahkota Parade.
Kaum perempuan score semua tinggi2.Cissdale sungguh.



Aktiviti kitorang berlarutan sampai ke sahur.lepas bowling lepak subaidah Hang Tuah,pastu lepak kat depan MBMB dan akhir sekali,sahur di McD Ayer Keroh.

Sabtu tuh,aku bangun pukul 3 petang.Pergi lepak kat bilik lecturer sorang tuh.Pastu lepak bilik SRM jap.Then pergi berbuka puasa kat Pizza Hut kat Digital Mall,Jalan Hang Tuah ngan syafeeq,faizol,dan jujue.
Memang tak ingat ar makan.first time aku makan pizza tak abis.

Lepas berbuka tuh,pergi jalan2 kat Dataran Pahlawan. Sekarang ini,tengah time sales.Memang ramai ar orang.Pastu pergi usha jap panggung wayang kat Dataran Pahlawan tuh.Best gak panggung wayang baru,ade 10 screen.

Aktiviti last kitorang malam tuh pergi FunFair kat Melaka Raya. Challenger or Vortex?
2 permainan ni adalah yang paling hardcore kat situ. Kitorang hanya mampu naik challenger je.tak termasuk jujue,sebab jujue takut :p
Lepas je turun dari permainan tuh,sume pening kepala jap.tapi syafeeq punyer pening kepala sampai ke bilik.

Ahad,aku bangun awal.sebab nak shoping something.Keluar ngan faizol jap carik barang.

petang tuh,kitorang sume pergi ke program "Sekasihhati2" tapi aku pangil event tuh "sesukahati".Majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim kat jasin.
Makan dalam talam,best! siap makan kat talam lain lagik.


lepas abis program tuh,kitorang semua lepak kat infasya jap.Sume aku paksa lepak sekali,sebab ade orang segan nak lepak infasya dengan baju kurung.

Isnin pagi,aku dapat message.Meting petang tuh postponed ke selasa.Ciss sungguh,aku dah beli tiket la pulak.kalo kasik tahu awal2.memang aku balik hari selasa ar.dapat spend satu hari lagi kat Melaka.

Itu sahaja la cerita aku weekend lepas di Melaka.Aku nak minta maaf kat kawan2 aku kat Melaka,aku datang tak kasik tahu korang.InsyaAllah kalau aku datang lagi,aku kasik tau korang.
Minta maaf gak kat sape2 yang aku tak sempat nak jumpe.

Sekian,*setelah dibetulkan oleh seseorg..hehe..hikkz!

Monday, January 07, 2008

SHUT DOWN!!

Ahoii...
to all have reader that coincidence or not  read my blog...

i announce that

I will shut down this blog for 3 weeks because my limitation to access the internet...

why am i shutting down this blog?
1) i currently on holiday...and moreover i now staying at my house,Rawang...i hate to blogging using dial up connection...so i just shut down the blog...
2) i will busy with Aceh's works, such as...study shooting n etc.
3)i dont have much idea what to write down.

but don't disappoint with me..after i come back from holiday, i will write about my vacation/visit/event at Aceh...i promise...

so dont miss me...(is there someone will miss me?..hahaha...)


Have a nice day~~

 

Blogged with Flock