Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 22, 2008

Orang Malaysia pergi ke Jepun

salam semua..

selepas berehat daripada update marathon 2,3 hari lepas.Aku kini kembali membawa cerita baru dalam hidup aku.Kali ini aku hendak menceritakan pemergian kedua ibu bapa ku dan juga adik perempuan aku ke Jepun.Aku disini boleh dikatakan agak sedih kerana tidak dapat mengikuti mereka ke negera matahari terbit itu.Mereka pergi sana selama 10 hari bermula hari khamis lepas sehingga ahad minggu hadapan.Pemergian mereka ini adalah untuk menghadiri hari konvokesyen abang aku.Ini adalah kali terakhir konvokesyen abang aku di Jepun.Sewaktu konvokesyen ijazah,ibu bapa aku tidak dapat hadirkan diri.Oleh itu,kali ini ibu bapa aku mendapat rezeki lebih untuk pergi ke sana.Tambahan abang aku akan pulang terus ke Malaysia selepas ini.Oleh sebab komitmen aku sebagai pelajar di MMU yg tercinta ini.Aku merelakan pemergian mereka ke sana.Ujian Intro Mechine anda Power System menunggu aku pada hari rabu ini.Oleh yg demikian,adalah tidak mungkin aku akan mengambit ujian ulangan.

Waktu berlepas seperti yang ditunjukkan di atas tiket,pukul 11 pagi.Kami semua keluar dari rumah pukul 7 pagi.Alhamdulillah,kenderaan tidak banyak di jalan raya kerana hari itu merupakan sambutan hari Maulidur Rasul.

Setelah sampai di KLIA kira-kira pukul 8 pagi dan selesai proses daftar masuk semua.Kami semua sarapan pagi di McDonald.Waktu ini,proses tangkap gambar banyak diadakan supaya tidak kerinduan aku kepada mereka.



Apabila waktu mula menunjukkan pukul 10 pagi,kami semua beredar dari McDonald dan terus ke pintu masuk pelepasan antarabangsa.Pada waktu itu,aku terasa mahu sebak dan kecewa serta gembira.Sebak kerana satu minggu ini,ayah aku tidak mungkin akan menelefon aku setiap hari.Kecewa kerana tidak dapat mengikuti mereka pergi ke Jepun.Gembira?oh tidak mungkin aku gembira.

p.s ape nyer skema ayat2 aku nih?....dh bosan sgt ar aku ni kat cj...aduss.

3 comments:

zacrye said...

Din...Hari minggu nanti pukul berapa kau nak pergi KLIA? Akey tompang kau ke?

Ezzudden said...

den myb direct terus gi klia dari cyberjaya..bkn kite nk gi amik 2 kete ke?...
pukul bape tak tanya lagik ayah..nnti den call akey..

zacrye said...

Den, Nanti kau kena buar banner dan bungga manggar, sambut abang pek kau tu. Akey gerak dari rawang kul 6:30pm.