Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, July 14, 2008

MMU one of government university???

Isnin
14 julai 2008
HB2 wing B 1012
Salam semua,

Seperti yang semua sudah tahu,MMU akan dijual oleh 'parent' MMU,iaitu Telekom Malaysia(TM).
So,tak perlu aku ceritakan kembali dan letak artikel mengenai penjualan MMU oleh TM tuh.
Apa yang aku hendak post kali ini adalah mengenai satu foward message yang aku terima hari ini,iaitu MMU adalah one of government university.Aku tak la rasa terkejut sangat,sebab pernah gak dengar2 pasal MMU mungkin jadi goverment university.Walaupun tiada lagi kenyataan rasmi dari pihak pentadbiran MMU,tetapi link ini mengeluarkan list yang akan meyakinkan lagi diri aku dan ramai lagi pelajar MMU bahawa MMU ini akan dijadikan salah satu universiti kerajaan.

Bagi pendapat aku, kalau berita yang disebarkan adalah betul dan telah rasmi,MMU ini dah hilang keistimewaan nya.Walaupun apabila berada di bawah 'lindungan' kerajaan,terdapat juga keistimewaan nya tersendiri,tidak aku katakan berada di bawah 'lindungan' kerajaan tiada keistimewaannya cuma selepas ini,keadaan di MMU mungkin akan berubah sikit.

Keistimewaan MMU swasta yang mungkin akan terjejas.
1.Tiada lagi ungkapan 'MMU Malaysia 1st private University".
2.Untuk masuk MMU,perlu mengisi borang kemasukan IPTA.
3.Pengunaan internet perlu lah di bayar*(dah memang kene bayar pun sekarang nih..),macam member aku di IPTA,perlu ke dalam kampus untuk menikmati wifi percuma.kalau hendak wired LAN,perlu bayar.
4.Pelajar2 mungkin tidak dapat lagi memakai pakaian kasual ke kelas.
5.Syarikat2 yang ingin mengambil pelajar MMU sebagai pekerja tidak lagi merasakan keistimewaan MMU sebagai universiti swasta dan mengangap MMU ini sama sahaja dengan IPTA yang lain.

setakat ini,itu sahaja yang dapat aku simpulkan mengenai keistimewaan MMU swasta yang akan lupus.Walaupun menjadi IPTA adalah bagus seperti yuran akan dikurangkan,tetapi aku rasa,aku sudah selesa dengan keadaan sekarang.Jika sampai waktu nya nanti kenyataan rasmi dari MMU,dan tiba2 banyak polisi di MMU akan berubah.Mesti wujud ketidakpuashatian daripada kalangan2 pelajar.Oleh itu,diharapkan apabila MMU menjadi one of goverment university,keadaan di MMU tetap sama dan tidak ada pertukaran polisi dan culture MMU yang telah terbentuk sejak 10 tahun dulu.
Sekian.

4 comments:

ruby said...

waaa...diriku bakal menjadi lecturer ipta ke??or kene kick out from this univ coz anak didik telekom??hutang telekom banyak tahun lagik kotzz..tak mo keje kat telekom!!!!hauhauah!!!!

Ezzudden said...

mantap ar tuh jadik lecturer ipta...gaji lagik masyukk ar..
tp kalo kene kick..dan kene keje bwh telekom..sy tumpang ketawa ar nnti..:))

mr_lambor said...

ehemmm..nk tanya dan ingiun kepastian...yg saudara/saudari tgk tu...dlm english version....sudahkah saudara/saudari tgk dlm BM version? apabila tgk dlm BM version, cuba perhatikan betul... mungkin saudara/saudari terlepas pandang sesuatu kut...

Ezzudden said...

to mr_lambor

ya2..saye sudah tgk..untuk english version pon sudah diperbetulkn..
spt yang saya ckp..bkn nye ade kenyataan rasmi dari MMU mengatakan bahawa MMU ini IPTA.Ulasan saya sendiri adalah berdasarkan andaian sekiranya MMU ini dijadikan IPTA,dan keistimewaan yang mungkin tiada lagi selepas itu...anyway terima kasih kerana bertanya.