Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 23, 2008

Weekend in Melaka

Selasa
23 September 2008
HB2 wing B 1012

Salam semua,

Hari ini macam biasa,aku tiada kelas lagi.Tetapi ade hal yang perlu aku selesaikan sebelum pulang beraya.

Hari ini baru aku dapat update pasal weekend aku di Melaka. Ingatnyer nak update semalam,tetapi aku kepenatan habis.

Aku pergi ke Melaka pada hari jumaat,pagi2 lagi aku sudah bertolak ke Putrajaya Sentral.Aku pergi ke Melaka kali ini,naik bas.Buat sekian lama nya aku dah tak naik bas express. Kali ini,aku bersusah payah sikit untuk naik bas.Untuk drive kereta ke Melaka,aku tak larat dan tidak mahu drive sorang2.Agak bagus juga aku nak pergi Melaka naik bas,aku dapat try naik KLIA transit(ERL) .Dari dulu aku teringin nak naik KL transit nih.

Untuk perjalanan ke selatan,terminal bas yang perlu aku naik adalah di Bukit Jalil.Tetapi aku dah terlajak ke Pudu.Agak gelabah ar aku time sampai Pudu Raya,aku baca announcement yang aku perlu naik di Bukit Jalil.Nasib baik ada syarikat bas tuh still jual tiket untuk ke Melaka sahaja.

Sampai sahaja aku di Melaka,call faizol untuk amik aku.Tetapi kereta dia ade kat bengkel.
Dia ingat aku akan sampai Melaka petang.So terpaksa ar call sapa2 yang available.Akhirnya hazwan gak yang available.

Aku gerak pagi,sebab nak solat jumaat kat MMU Melaka. Lepas solat,boleh jumpa kawan2 kat MMU Melaka.Cara paling senang untuk jumpe kawan2 kat Melaka, pergi masjid.

Petang tuh, ade invitation untuk berbuka bersama2 dengan komiti Aceh 3. Kiranya aku datang ini kena dengan timing ar.Aku memang teringin nak jumpe dengan Komiti Aceh 3,dan aku dapat jumpa mereka walaupun tak semua.

* Lecturer sorang tuh tak terlibat dalam Aceh 3,tetapi nak menyebok dalam gambar gak :p

Time berbuka tuh,ada banyak strawberry.Bos Aceh 3 baru pulang dari Cameron Highland.
Tetapi aku lupe nak jamah satu pun.Aku tak makan strawberry kah?Aah la,aku memang tak makan strawberry mentah2.strawberry kan manis tapi masam.Tak sedap makan kosong,kene makan dengan bende lain.Coklat ke,ais krim ke,baru layan.

Malam.
Aku dengan rakan2 pergi main bowling kat Mahkota Parade.
Kaum perempuan score semua tinggi2.Cissdale sungguh.



Aktiviti kitorang berlarutan sampai ke sahur.lepas bowling lepak subaidah Hang Tuah,pastu lepak kat depan MBMB dan akhir sekali,sahur di McD Ayer Keroh.

Sabtu tuh,aku bangun pukul 3 petang.Pergi lepak kat bilik lecturer sorang tuh.Pastu lepak bilik SRM jap.Then pergi berbuka puasa kat Pizza Hut kat Digital Mall,Jalan Hang Tuah ngan syafeeq,faizol,dan jujue.
Memang tak ingat ar makan.first time aku makan pizza tak abis.

Lepas berbuka tuh,pergi jalan2 kat Dataran Pahlawan. Sekarang ini,tengah time sales.Memang ramai ar orang.Pastu pergi usha jap panggung wayang kat Dataran Pahlawan tuh.Best gak panggung wayang baru,ade 10 screen.

Aktiviti last kitorang malam tuh pergi FunFair kat Melaka Raya. Challenger or Vortex?
2 permainan ni adalah yang paling hardcore kat situ. Kitorang hanya mampu naik challenger je.tak termasuk jujue,sebab jujue takut :p
Lepas je turun dari permainan tuh,sume pening kepala jap.tapi syafeeq punyer pening kepala sampai ke bilik.

Ahad,aku bangun awal.sebab nak shoping something.Keluar ngan faizol jap carik barang.

petang tuh,kitorang sume pergi ke program "Sekasihhati2" tapi aku pangil event tuh "sesukahati".Majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim kat jasin.
Makan dalam talam,best! siap makan kat talam lain lagik.


lepas abis program tuh,kitorang semua lepak kat infasya jap.Sume aku paksa lepak sekali,sebab ade orang segan nak lepak infasya dengan baju kurung.

Isnin pagi,aku dapat message.Meting petang tuh postponed ke selasa.Ciss sungguh,aku dah beli tiket la pulak.kalo kasik tahu awal2.memang aku balik hari selasa ar.dapat spend satu hari lagi kat Melaka.

Itu sahaja la cerita aku weekend lepas di Melaka.Aku nak minta maaf kat kawan2 aku kat Melaka,aku datang tak kasik tahu korang.InsyaAllah kalau aku datang lagi,aku kasik tau korang.
Minta maaf gak kat sape2 yang aku tak sempat nak jumpe.

Sekian,*setelah dibetulkan oleh seseorg..hehe..hikkz!

4 comments:

Anonymous said...

ooooo...kate menyebok ek??dpt invitation ok!! if menyibuk pun takpe..yg penting dh sayang n tangkap cintan dgn event nih..hingga acheh ke 100 sekali pun ttp ku ikuti...ekekeke

Ezzudden said...

hehe...menyebok dlm gambar la..emo plak lecturer sorg nih..kalo syg..jadik la student balik..leh join event nih sampai bile2..:p

Farafiqa Jeff said...

sedeyh dowh x dpt jumpe ko :((

Ezzudden said...

agak la..dah la lame tak jumpe ko kan..tkpe la fiqa..next time insyaAllah leh dpt jumpe nyer..