Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 31, 2008

Memori Tahun 2008


Salam semua,

Hari ini merupakan hari terakhir pada tahun 2008.
Rasa cepat tol masa 2008 nih berlalu,
Banyak suka duka yang telah aku lalui.
Ada kejayaan dan kegagalan telah aku kecapi.
Tapi semua itu aku anggap asam garam kehidupan.
Semua itu mengajar dan mematangkan aku.

Menyorot kembali peristiwa yang masih aku ingat pada tahun 2008.

Januari 2008.
Aku berpeluang ke Aceh sekali lagi,iaitu Peue Haba Aceh di Lokhesumaweh.

Febuari 2008.
Aku rasa,dalam bulan ini,aku dah mula berjinak2 untuk keluar malam bila aku di Cyberjaya.Mula merongeng2 ngan member sampai ke KL.

Mac 2008.
Parent dan adik aku pergi Jepun untuk konvo abg aku kat sane.Aku ada midterm dan kelas tak dapat nak pegi :(
Dapat konvoi ramai2 ke Majlis kahwin abg fik ngan kak sarah kat Kemaman,Terengganu.

April 2008.
of coz pasal birthday aku,dan ini kali pertama aku disambut oleh rakan2 aku ngan kek.Selalu nyer aku je sambut bday diorg.hehe.

Mei 2008
Official Aceh Gathering,dapat bersama2 ngan family aceh lagi.
Rasa2 start dari bulan ini la aku dah kerap turun ke Melaka.

Jun 2008.
First time aku join OC kat MMU Cyber.Time nih la aku dapat kenal ramai budak2 mmu cj.
Multiracial lagi.

Julai 2008.
Time Friendship day,aku dapat main balik Tug-o-war setelah bersara 2 tahun.Dapat medal emas lagi.hehe.

Ogos 2008.
Time nih,aku rasa banyak gak kenangan,ye la kan.Aku join Pesta Konvo dan Konvokesyen.
Memang bulan ogos bulan yang memenatkan aku ar.Tapi,bulan yang sangat best.hehe.

September 2008.
Bulan Ramadan,kurang seronok bila sambut di Cyberjaya.Susah carik makanan.

Oktober 2008.
Bulan aku selalu tengok wayang.tiap minggu 2 filem tengok.

November 2008.
First time aku join Sek@MMU.Dapat jumpe family baru lagi.Sekarang aku still join sek@mmu ;)
First time gak aku jadik Director,Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang ;)

December 2008.
Bulan aku paling malas berblog,mungkin dah sampai pengakhiran aku di blog ini.

Itu sahaja rumusan aku tahun nih.Tiada perkara yang betol2 hebat terjadi dalam hidup aku.
Harap2 tahun depan,aku dapat kecapi apa yang cita2kan.
Harap2 tahun depan aku dapat berubah daripada baik kepada lebih baik.

3 comments:

aman said...

wah..tak taw lak ko ada gi aceh...

Ezzudden said...

to aman>dah 2 kali aku gi..alaa program MMU.suh la unisel buat satu..hehe

namecard said...

nice.....