Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 16, 2008

Saya kembali


Salam semua..
Ape kabar semua,moga2 sihat sejahtera la ek.
Hari ini,cukup2 sebulan aku berhenti memblog.
Bukan lah berhenti begitu sahaja,blog kawan2 masih aku lawati,
cuma di blog aku sendiri,aku tak update ape2.

Aku tak tau apa masalah aku untuk tidak memblog.
Hendak katakan aku bz,tidak pula.
Aku takde modal cerita,banyak je.
Mungkin ini satu tahap dimana,para pemblog akan berhenti daripada menulis lagi.
Mungkin juga,sekarang tengah musim orang berhenti memblog sekejap.

Kadang2 juga aku terfikir,blog ini untuk ape?
Menceritakan kepada dunia pasal diriku?
Aku sekarang tengah masalah identiti,iaitu identiti pemblog.
Tidak tau kemana arah tujuku,dan fokus ku untuk memblog.
Perlukah aku berubah ke satu tahap yang lain?

Kadang2 orang kata,memblog ini untuk meluahkan perasaan.
Aku rasa aku percaya ngan statement tuh.
Waktu perasaan bergolak,time tuh la aku amat rajin memblog.

Mungkin sekarang adalah waktu dimana..
perasaan aku tenang.
hidup aku heppy.
masalah aku settle.
jiwa aku kosong?

Janji aku dulu untuk mengupdate cerita,
hanya la tinggal janji.
Maaf kawan2.
Sekarang cerita itu,sudah aku lupakan
macam satu ungkapan
"let go with the flow"
Perasaan yang aku hadapi dulu telah hilang sedikit demi sedikit.

Rasanya,cukup sampai disini aku menulis,
ini sahaja aku dapat tulis buat masa ini.
Jangan pernah tunggu aku punya next update.
Mungkin korang akan kecewa lagi.

p.s penulis menulis dikala demam dan pening kepala,diharap ayat2 yang ditulis memberi maksud kepada pengunjung2 ke blog ini.

p.s oh ya,hari ini dah start saman olok2 (notis) pemakaian tali pinggang keledar belakang.Kalau orang belakang tak pakai tali pinggang,pemandu yang akan disaman.So kepada sume driver,pastikan penumpang anda pakai tali pinggang.

8 comments:

Anonymous said...

Jgn Benti ... Rehat Bole la ... tpi jgn benti ... :D keep it up ....

Ezzudden said...

to najibijan>insyaAllah akan diteruskn usaha memblog ini..cume belum tentu bile lagik akan kembali menulis..

Anonymous said...

wow..
cam sajak lak first time aku tengok susunan dia..
skali bukan..
haha..
truskan usaha memblog..
huhu..
aku sedia menjadi pembaca setia..
lalala...

Ezzudden said...

to aman>saje nk buat kelainan skit..hehe..thanx

WaNaHakALuGi..~ said...

ahaahha..
cam betul jek ape yg awk cakap tu..
kalo hidup ni bese2,rase malas lak nak memblog..
kalau tgh hanging satu badan ke,sedih melampau ke,heppi terlebih ke,baru rase cam nak memblog..
kan kan kan??
hihii..
anyway,slamat memblog.
jgn biar besawang sangat..
hehe~

Ezzudden said...

to wanahakalugi>btol3..tak pon..tgu time final exam nanti.mmg rajin je berblog2 nih...hehe

Anonymous said...

dh nka dekat final nih..bila nk hupdate blog lagi??

Ezzudden said...

to ruby>mmg nk dekat final..tp sy tak exam pon.so tahun depan je la sy update..hehe