Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, January 01, 2009

Pemberitahuan. Saya dah tukar blog.

Salam semua,

Pemberitahuan.

Blog ini telah berpindah ke rumah baru,iaitu

http://thenthang.com


Kepada semua yang telah menyokong saya dan selalu ke blog ini,Terima Kasih saya ucapkan.Teruskan menyokong saya di blog baru saya.

Diharap kepada yang telah letak link thenthang.blogspot.com di blog anda,
anda semua boleh la tukarkan ke
http://thenthang.com

Saya ingin juga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.
Semoga tahun 2009 ini merupakan tahun terbaik anda.
Kalau masih ada azam tahun lepas yang masih belum tertunai.
Boleh je fowardkan ke tahun ini.Ape salahnya kan.
Janji terlaksana.

Selamat tinggal http://thenthang.blogspot.com

Wednesday, December 31, 2008

Memori Tahun 2008


Salam semua,

Hari ini merupakan hari terakhir pada tahun 2008.
Rasa cepat tol masa 2008 nih berlalu,
Banyak suka duka yang telah aku lalui.
Ada kejayaan dan kegagalan telah aku kecapi.
Tapi semua itu aku anggap asam garam kehidupan.
Semua itu mengajar dan mematangkan aku.

Menyorot kembali peristiwa yang masih aku ingat pada tahun 2008.

Januari 2008.
Aku berpeluang ke Aceh sekali lagi,iaitu Peue Haba Aceh di Lokhesumaweh.

Febuari 2008.
Aku rasa,dalam bulan ini,aku dah mula berjinak2 untuk keluar malam bila aku di Cyberjaya.Mula merongeng2 ngan member sampai ke KL.

Mac 2008.
Parent dan adik aku pergi Jepun untuk konvo abg aku kat sane.Aku ada midterm dan kelas tak dapat nak pegi :(
Dapat konvoi ramai2 ke Majlis kahwin abg fik ngan kak sarah kat Kemaman,Terengganu.

April 2008.
of coz pasal birthday aku,dan ini kali pertama aku disambut oleh rakan2 aku ngan kek.Selalu nyer aku je sambut bday diorg.hehe.

Mei 2008
Official Aceh Gathering,dapat bersama2 ngan family aceh lagi.
Rasa2 start dari bulan ini la aku dah kerap turun ke Melaka.

Jun 2008.
First time aku join OC kat MMU Cyber.Time nih la aku dapat kenal ramai budak2 mmu cj.
Multiracial lagi.

Julai 2008.
Time Friendship day,aku dapat main balik Tug-o-war setelah bersara 2 tahun.Dapat medal emas lagi.hehe.

Ogos 2008.
Time nih,aku rasa banyak gak kenangan,ye la kan.Aku join Pesta Konvo dan Konvokesyen.
Memang bulan ogos bulan yang memenatkan aku ar.Tapi,bulan yang sangat best.hehe.

September 2008.
Bulan Ramadan,kurang seronok bila sambut di Cyberjaya.Susah carik makanan.

Oktober 2008.
Bulan aku selalu tengok wayang.tiap minggu 2 filem tengok.

November 2008.
First time aku join Sek@MMU.Dapat jumpe family baru lagi.Sekarang aku still join sek@mmu ;)
First time gak aku jadik Director,Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang ;)

December 2008.
Bulan aku paling malas berblog,mungkin dah sampai pengakhiran aku di blog ini.

Itu sahaja rumusan aku tahun nih.Tiada perkara yang betol2 hebat terjadi dalam hidup aku.
Harap2 tahun depan,aku dapat kecapi apa yang cita2kan.
Harap2 tahun depan aku dapat berubah daripada baik kepada lebih baik.

Monday, December 29, 2008

Invitation to all S.K Rawang batch 1994/1999



wah,dah kuar surat invitation untuk reunion budak2 sekolah rendah aku iaitu,
Sekolah Kebangsaan Rawang,Selangor.

Wah,cepat nya kena masukkan duit.
Takpa2.nanti aku masukkan.
Reunion nih,mesti mau pegi.
Dah lama gile tak jumpe kawan2 sekolah rendah dulu.

Tah aku ingat lagi ke tak diorang2 semua tuh,
Dah la jadik kebiasaan aku,
pergi tempat baru,
orang tempat lama aku cepat je lupa.

Aku ada plan,
Tapi..
tak tau sesuai tak pergi.
Orang exam.
aku "study".
"Study" kat mana?
Rahsia.

Tadi majlis perjumpaan waris Lebai Kemala.
Mission Failed.
Tiada orang asing yang aku dapat berkenalan.
Hanya dapat borak2 lebih ngan cousin2 aku yang jarang jumpe.

1hb Januari 2009
Bakal tiba,
Aku bakal lancarkan.
Lancarkan ape?
Itu yang kita tak tau..
hehe..







Sunday, December 28, 2008

Sumpahan Tagged oleh Puteri Jujus

Al kisah~pada satu hari yang indah,Hang Then telah terjumpa satu kotak.Ingatkan di dalam kotak tersebut ada barang berharga,rupa2nya sumpahan tagged yang telah diberikan oleh Puteri Jujus.Merana la hidup Hang Then setelah di tagged oleh si puteri.Oleh kerana mahu membebaskan sumpahan tagged tersebut.Hang Then telah bertapa di Gua Cyberjaya dan akhirnya,terungkai la sumpahan tersebut.



Soalan asalnya, apakah perhubungan Hang Then dan Puteri Jujus?tetapi Hang Then nak tukar ke,macam mana Hang Then kenal Puteri Jujus.ok tak?

Hang Then mula kenal Puteri Jujus nih masa dia jadik SRC,tidaklah kenal sebegitu rapat.hanya kenal2 macamtuh je.Bile pegi bilik SRC just hi2 je la. Rasanya,tahun ni baru kenal dia dengan lebih "intim". Sewaktu Hang Then pegi Melaka,bercengkerama ngan Laksmana Faizol dan Temenggung Syafeeq,Puteri Jujus turut serta. So time tuh la Hang Then baru reti borak2 ngan dia dan daripada kesan2 pegi melaka,Hang Then mula la berborak ngan dia kat ym. Selepas itu,jumpa pula blog dia,komen la sikit2.Ade certain event yg Hang Then join kat Melaka,dia pon ada.So berpeluang untuk kenal Puteri Jujus nih lagik.Sekarang ini,dah masuk list orang2 Hang Then kene jumpe kat Melaka.Kawan katakan..tak jumpe..ramai kecik ati..

Soalan asal:5 pandangan terhadap dia.Tapi aku tak tulis 5 la,tulis apa yang patut je la.


Bila memberi impression terhadap seseorang,kita takut untuk meluahkan kepada orang itu sendiri.Ya la kan,mane tau,impression kite akan kecikkn hati orang tuh. Kadang2 terlalu jujur pon susah kan.So untuk soalan ini, Hang Then hanya akan menjawab.Puteri Jujus ini merupakan seorang yang suka pink. Mengikut kajian pakar motivasi Dr.Fazilah kamsah. orang merah jambu nih penyayang,bersungguh2,keinginan tinggi. Kalo kite nk lihat sejauh mana sifat penyayang yang ada pada Puteri Jujus nih. Kite tengok je la gambar ni.penyayang tuh..

Bila dikatakan Puteri Jujus ini seorang yang bersungguh2,kite leh tengok kat website die,dalam bulan december nih je.die dah update sebanyak 14 kali,mmg btol2 bersungguh2 die update blog die..Hang Then sendiri tak capai update byk tuh bulan ini.hehe.. dan berkeinginan tinggi,fuhh..byk maksud nih..hehe..tengok ape yang die inginkan..dasyat..



Untuk soalan seterusnya,jika dia menjadi kekasih anda ataupun musuh anda,anda akan..?

Apabila komitmen sebagai kekasih tuh dah ada,sebagai lelaki yang budiman macam Hang Then,akan dicurahkan segala kasih sayang ar.(Ayat biasa..) Untuk mengeluarkan duit adalah amat sukar sekali,lagi2 time tengah YES nih.Ramai lelaki risau btol kalo awek mereka ajak ke shoping complex.hehe. Kalo dengan musuh,baik kite berkawan dengan dia,mane tau,lepas bermusuh,leh jadik kawan baik ke.Buat apa nak bermusuh2 nih,rugi je.

Rasa2nya,hanya ini saja jawapan daripada tag2 jujue.Mintak maap yer tak amik full tag tuh.Tp at least buat gak kan.

Saturday, December 27, 2008

Gembira dalam Tekanan

Cubaan update dari Cybercafe Kg aku,Lenggong,Perak

Fuhh baru sampai Lenggong.
Majlis kahwin sepupu aku pon dah lama abis.
Hanya tinggal makanan2 yang masih banyak.
Rasa rugi pon ada aku tengok.

Sampai pukul 6 petang.
Seperti yang dijangka.
Kereta akan banyak juga.
Tapi aku terasa best je bawak kereta hari ini.

Hari ini,warga KL penuh di jalan raya,
Seawal pukul 11 pagi,
Lebuhraya ke selatan dahmula sesak dari kajang.
Aku nak ke UIA,
Sesak di MRR2,
Tekanan...

Makanan kat majlis Syed,
aku suka.sedap dan jarang jumpe.
Makanan kat majlis sepupu aku,
aku seronok,dapat rasa masakan gotong royong sedara mara aku.

Esok.
Ade perjumpaan besar keluarga Lebai Kemala.
Di Tasik Raban.
Seronok dapat jumpe orang yang kite jarang kenal.
Harap2 dapat sangkut kat sorang dua.
hehe..gatal pula.

Cukup lah,
budak MMU betol.
kat mana2 nak gak internet.
kene beli 3G la macam nih.
dapat ke kat Kg aku nih?
Tapi....
laptop aku rosak!!!!
Tekanan perasaan...
Tapi dalam tekanan,
ade kegembiraan.
Tak sangka study leave pon dapat gak.

Friday, December 26, 2008

Carutan Kehidupan


Masa untuk cuti lama.

Next week dah study week gak untuk budak2 MMU,
tapi aku kan takde subject.
So,aku dah boleh cuti lama.
Meting pon dah takde start next week.

Esok ada 2 majlis kawin
Satu Syed Huzaifah nye majlis kat KAED,UIA
Satu lagi cousin aku kat Perak nyer majlis.
Memang esok jauh la perjalanan aku.

Nak kemana ya cuti panjang ini?
Dah lame tak sambut new year.
Nak sambut kat mana yer?
hmm~

Tengah ada projek baru nak buat.
Tapi,ada masalah di bahagian kewangan.
Macam2 aku nak beli sekarang.
Macam la aku nih banyak duit kan.

Sekarang mula terasa akan sibuk di beberapa minggu akan datang.
tapi,biar je la.
aku kan nak cuti.

Orang cakap kesihatan itu penting,
Perlu pantang semua,
Tapi bagi aku,
Tak dapat makan apa yang aku suka,
Lagi lah aku sakit.
hehe..degil!

Cukup lah merapu b4 balik Rawang.
Dah lama tak lepak dengan member2 Rawang.
Semalam baru je lepas program kat Rawang.
Rasa2 dalam minggu ini,aku asyik ada je kat Rawang.
hehe..Rawang~

Selamat Bercuti Semua.
Belajar rajin2 yer Semua.
Jaga kesihatan yer Semua.
Saya akan merindui Semua.

Wednesday, December 24, 2008

Lagu Baru,Selamat Ulang Tahun Sayang-Imran Ajmain

Selamat Ulang Tahun Sayang

Written/Composed by Imran Ajmain/Ahmad Fedtri Yahya
Arranged by Eddie Marzuki


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa


Prechorus:

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Chorus


Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

(Strings Bridge)


Prechorus


Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Chorus

Download link




Lagu ini merupakan lagu terbaru Imran Ajmain.

Kat radio pon jarang2 keluar.So sape2 yang belum dengar.

Boleh la download kat link download tuh.

Tapi mp3 ini bukan studio version ar.Radio version.

Kalo korang rasa nak dapatkan studio version,sila2 la beli kat kedai Muzik berdekatan.

Untuk lebih lanjut mengenai Imran Ajmain dan lagu2 die.

http://imranajmain.com