Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 10, 2008

Barisan Alternatif vs Barisan Nasional

salam semua...

Barisan Alternatif vs Barisan Nasional
5-8
Barisan Alternatif(Barisan Rakyat)
  1. Selangor
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Kelantan
Barisan Nasional
  1. Johor
  2. Negeri Sembilan
  3. Melaka
  4. Perlis
  5. Terengganu
  6. Pahang
  7. Sabah
  8. Serawak
Pilihan Raya ke-12 telah dilanda tsunami dengan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan.5 negeri telah berjaya dimenangi oleh Barisan Rakyat,dimana DAP telah menang besar di Pulau Pinang,Pas menang besar di Kelantan dan untuk negeri2 lain,gabungan Barisan Rakyat telah berjaya menidakkn kemenangan BN kali ini.
Di peringkat Parlimen,Barisan Rakyat berjaya juga untuk menidakkan 2/3 majoriti BN.Tidak seperti sebelum ini.BN berhak membuat segala keputusan tanpa dihalang oleh pihak pembangkang.Kali ini,kerusi akan panas dengan keputusan kerajaan BN untuk melakukan sesuatu yang akan merugikan rakyat di bangkang oleh Barisan Rakyat.
Diharapkan perubahan akan berlaku di Malaysia yang kita cintai ini.Perubahan kearah kebaikan dan rakyat sebagai tunjangnya.


first time aku nk cite pasl politik,walaupon aku belum cukup umur untuk mengundi.Keputusan PRU 12 kali ini mmg mengejutkan banyak pihak.Pada malam keputusan diumumkan,sume berdebar2 menunggu keputusan.Kalo tgk anugerah ape2 pon kalah,keputusan PRU lagik ditunggu2.Kalo 4 tahun lepas, ke excited-an aku takde la mcm nih.myb 4 tahun lepas tak nmpk lagik kebangkitan rakyat.Tahun lepas kebangkitan rakyat jelas dgn HINDRAF,BERSIH dan macam2 lagik.Strategi Barisan Rakyat kali ini juga nmpk lebih efisyen,dengan kewujudan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pergerakan pilihan raya kali ini.Semangat setiakawan yang tinggi diantara parti2 gabungan Barisan Rakyat juga faktor kemenangan PRU 12 kali ini.
Memang rakyat mahukan perubahan dalam negara ini.Faktor kenaikan harga minyak yang berterusan,harga barang naik,tol naik,dan macam2 naik..tp pemimpin yg korup tak turun2..
Kali ini,Menteri Kerja Raya,Samy Vellu telah kalah selepas memegang kaw Sungai Siput berdekad2 lamenyer.ex-CM Penang pon telah kalah,Menteri Wanita,Shahrizat juga telah kalah ditangan Puteri reformasi,Nurul Izzah.dan byk lagik menteri dan timbalan menteri vateran yg kalah di PRU 12 ini.Sepatutnya yang dh vateran2, perlu kasi peluang kepada orang2 muda.Bersara awal adalah lebih baik daripada kalah di PRU,kalo bersara awal tah2 leh dpt Tun.nih skrg,sume hilang tah kemana.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Barisan rakyat.

5 comments:

Anonymous said...

Tolong beritahu Tok Ayah Nik Aziz atau Anwar Ibrahim tolong bisik banyak2 kepada Hadi Awang ini supaya bercakap dengan HIKMAH .....

raayat Terengganu sudah beri dia peluang dan Allah tarik balek ..belajar lah sikit dari cubaan Allah ini...

cakap dengan HIKMAH dalam negara berbilang agama ...

a true Muslim leader does things with proper knowledge tempered with justice which become Wise ie. doing things with WISDOM...

Anonymous said...

Tahniah juga dari aku kerana Pas dan PKR menang terutama di penang dan perak.. (tepuk tagan klap klap 10X). Tapi sedar tak satu pekara kalan BN kalah tak pa.. Tapi kesian UMNO...
Tak dengar sidang akhbar Tan Sri Khoo pukul 12.30 pagi. kata dia dah telepon wakil DAP... tengok berapa prinsip setia kawan org. china walau lain parti? Bagaimana dengan orang melayu? yang hampir semua mengaku dia Islam dan berdiri di atas satu Kalimah?.. Memang ini satu gelombang perubahan politik... tapi sedar di sebalik itu ia juga mennunjukkan satu gelombang kebangkitan dan kesatuan bangsa cina sedangkan gelombang pepercahan orang melayu (Islam)? Apa akan jadi pada orang melayu dan islam kiranya ini berterusan? Paling aku khuatir... DAP bermula di penang sekali dia memerintah susah untuk tumbang,... jadilah singapore mini.. Apa nasib orang melayu disana?... PADAN MUKA MEREKA? tidak sempurna Islam seseorang itu sebelum dia mengasihani saudaranya... TAHNIAH KERANA KEJATUHAN BN.. TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PAS DAN PKR... bukan atas kemenangan tapi kepada kejayaan memecahbelahkan melayu, islam.... tunggulah nasib keistimewaan orang melayu dipertikai di parlimen dan negeri... PIKIRKAN LAH kerana aku bukan berminatngan politik dan aku tak pernah mengundi parti mana-mana.

Ezzudden said...

im open to all comment u want to put in my comment box..but its proper way to give ur details...myb ur email..or...just a name its ok..dont be someone that love to bark.. but keep the sound in throat..btol tak pepatah aku nih?...kalo slah..tolong btol kn..

terima kasih kat komen yg diletakkn..komen anda takkn ditolak sia2...
cume pendapat saya mengenai ape yg saudara/i katakan...
"Apa nasib orang melayu disana?... PADAN MUKA MEREKA? tidak sempurna Islam seseorang itu sebelum dia mengasihani saudaranya... TAHNIAH KERANA KEJATUHAN BN.. TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PAS DAN PKR... bukan atas kemenangan tapi kepada kejayaan memecahbelahkan melayu, islam...."

adakah saudara begitu tinggi ilmunye sehingga boleh mengeluarkn kata2 yg seseorg itu tidak sempurna islamnya?sy kurang pandai la bab agama..ilmu tidak tinggi sgt..ttp kalo bab agama yg dijadikan isu dlm bab nih...sy tak leh komen byk..nnti kalo tersalah kata..merana..harap saudara leh jelaskn ayat saudara tuh?..
kalau dikatakan melayu sendiri tak dpt nk hidup di bawh pemerintahan DAP(majority cina)..tidakkh Gerakan dlu jugu majority cina..cume yg membezakan nyer adalah gerakan di bwh komponen BN..sy masih kurang paham mengenai pendapat saudara mengenai singapore mini..
kalo pasal parlimen..hmm...kalo dipertikai kn pasl bangsa melayu...kitekene ingat...dlm parlimen bkn ade DAP sahaja..parti gabungan BA ade gak..so..sume boleh dibawa berbincang..

harap2 ape yg saudara hendak komen tuh..penerangan biarlah jelas..jangan la kite mengikut nafsu hendak jatuh kn saudara sendiri..

Anonymous said...

sblom berbisik kt pembangkang..baik betol kn dlu diri (kerajaan aka bn/umno)..nmpk kn rakyat nk yg mane??so jgn salah kn org klau kalah..muhasabah diri..kes org mlayu brgado sesame sendiri xkn selesai smpai kiamat...nnt kaum len yg naik..2 our PM plz hv an improvement b4 it getting worst...huhu!!salam keadilan!!

Ezzudden said...

tol2..tak baik gado2...komen membina lebih penting daripada carik kesalahan org lain...