Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 16, 2008

Eagle Eye film review

Khamis
16 Oktober 2008
HB2 wing B 1012

Salam semua,

Akhirnya,aku berjaya gak tengok filem Mata Helang(Eagle Eye) walaupun agak terlambat dan filem ini dah keluar pun kat torrent,tapi still aku nak tengok filem ini kat wayang. Dari minggu lepas aku nak tengok filem ini,tapi minggu lepas aku dah tengok 2 filem Malaysia. Minggu ini,aku tengok pula cerita Hollywood.Aku tengok filem ini kat Alamanda bersama orang2 yang dah abis exam,ekey ngan bad.Sepatutnya,ada lagik sorang yang nak ikut,dia amat lah kempunan nak tengok filem mata helang ini.Tapi atas komitmen lain,dia terpaksa tengok di lain waktu.Kepada rakan2 aku yang belum abis exam,nanti lepas abis exam,korang pergi la tengok yer.



Filem ini memang best!,jalan cerita yang teratur,pastu dengan adegan2 yang memang korang takkan jumpe dalam filem2 di Malaysia.Penerbit filem ini Steven Speilberg,seperti biasa,bab meletupkan kereta,menghancurkan harta benda merupakan hobi beliau,macam cerita Transformer dulu.
Bab pasal Transformer,pelakon utama cerita ini adalah pelakon utama Transformer dulu,Shia Lebeouf. Sayang tol Steven Speilberg kat Shia Lebeouf ini.Filem kali ini pun dia kasik kat Shia Lebeouf.Mesti kaya itu En Shia sekarang.
Ok,berbalik kepada filem Mata Helang ini,filem ini bermula dengan tentera U.S menyerang sekumpulan manusia yang beragama Islam sedang mengadakan upacara pengebumian(si U.S ingatkan ade penganas di dalam sekumpulan manusia itu).
Si Mata Helang ini, dah kasi amaran, jangan serang,tapi Si President U.S buat keputusan untuk serang juga.
Si Mata Helang ini,merupakan projek rahsia tentera U.S yang bertindak sebagai kawalan kepada semua aktiviti di U.S.Si Mata Helang ini adalah komputer berfikir dengan sendirinya.Itu la pasal,filem ini mengisahkan Si Mata Helang buat rancangan untuk membunuh president U.S sebab kesilapan president memberi arahan untuk membunuh manusia yang tidak bersalah itu.
Rancangan si Mata Helang ini menjadikan si Jerry Shaw(Shia LaBeouf),jantan malang yang baru kehilangan abang kembar nya yang merupakan 'minuteman' kepada si Mata Helang dan Rachel Holloman (Michelle Monaghan).si Ibu cantik dan agak 'hot' tetapi malang anak beliau telah dijadikan sebagai umpan oleh si Mata Helang untuk membunuh president sebagai watak yang penting dalam misi die nih.Untuk menspoiler kan cite nih..si Jerry Shaw nih kene tembak sewaktu hendak selamatkan president.


Aku dah malas nak celoteh panjang pasal filem ini,korang nilai ar sendiri filem ini.
Untuk filem ini,aku kasik 9.5/10.
Untuk merasai bagaimana menjadi si Hero dalam filem ini korang leh cuba kat sini.
Lepas korang berjaya menyelesaikan misi2 dalam permainan tuh,korang akan dapat lihat sebahagian sedutan filem tuh.Semoga berjaya!(ini untuk orang yang dah abis exam je yer..orang yang belum abis exam,takyah rajin2 test game ini..)

p.s sorry to one of my fren,tak dapat nak gi open house die.sebenarnya time die tepon aku tgh tgk cite ni..pastu abis cite dah petang..dah lewat.Sorry yer..

8 comments:

Anonymous said...

dah tgk citer nih..mcm byk sgt action part...takutx...huhu!!

Anonymous said...

x sempat nak menonton.. teramat la busy diriku ini.. huhu..

Siti Zainal said...

hwaaa...
kempunan~
sob sob sob ='(

Ezzudden said...

to kak ruby>byk action la best kak..

to nikillas>tak sempat tgk wayang..download ar dulu..nnti bile2 leh tgk...kat torrent dh byk dh cite nih..

to siti>hahha..tuh la...selamat tgk cite nih sorang2 :P

Shah said...

Baru je balik nengok Eagle Eye. Memang action packe abisss... Naik fobia pulak dengan handphone sekarang nih. Hehehe

Ezzudden said...

to shah>haha..."you have to have 30 second to run...or not..you die.."-si mata helang...
mmg cuak gak ar lepas nih kalo dpt call tulis unknown number..

Siti Zainal said...

ngk sorunk2?
eee... xnk ler.
ngk sorunk2 torrent je.
ngeee :-D
tp tyme wayunk kt mesia ni dh nk abesh. huhuhu.
hwaaa...
kempunan tol~
[tgh crk 'victim' utk dating bersama.muahahaha~]

Ezzudden said...

hahah..cpt2 la tgk yer...nnti tpksa tgk kt torrent je..
dating la ngan sape2.pak guard mmu ade,pak cik tukang sapu ade,sape lagik yer..hmm..haha